Tuesday, August 24, 2010

Tenang hati Alhamdulillah

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, sudah masuk 14 Ramadhan thumma Alhamdulillah masih ibei keizinan olehAllah, demi sifatMu yang Maha Menyayangi dan Menghasihi kami Ya Rabb, Engkau beri kami peluang untuk menikmati Ramadhan dengan memenuhi hari-hari kita dengan puasa, dengan zikir, dengan kalam suciMu, dengan sujud, dengan tawajjuh dan tawassul. Subhanallah Subhanallah Subhanallah...Alhamdulillah.

Wahai Allah, smpai bila pun Ya Allah, Aku tidak mampu untuk cukupmengucapkan Alhamdulillah kepadaMu Ya Rabbi. Tiada bandingan atas apa yang telah Engkau izinkanku menikmati, tiada yang akan setimpal tetapi Ya Rabbi, Engkau tetap dan masih terus menawarkan kedekatanMu kepadaku Ya Allah. Tatkala aku berada dalam ketenangan ataupun kegelisahan, Engkau tetap melamarkan kedekatanMu kepadaKu. Cukup Ya Allah, cukuplah Ya Allah atas segala-galaNya. Aku tidak dapat mengeluarkan kekata Ya Allah tatkala mengenangkan dan merasakan keluhuranMu terhadapKu Ya Allah.

Ya Allah, hambaMu yang lemah ini Ya Allah memohon Ya Allah diberi keteguhan iman dan kekuatan langkah Ya Allah, agar tidak berpling dari jalan ini Ya Allah, jalan menujuMu Ya Allah. Cukuplah hanya secebis yang Engkau berikan kepadaKu, aku tidak dapat menaikkan kepalaku tatkala mengenangkannya Ya Allah. Janganlah Kau pisahkan aku dari mereka yang Engkau cintai Ya Allah.

Ameen Ameen Ameen.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.

Asyraf tidak akan lupakan nasihat Ustaz kpd Asyraf supya terus berpegang teguh dengan tali Allah swt. Bila kita berada di jalan untuk menyambut kedekatannya Allah swt, Dia akan menguji kita. Dia akan menguji kita supaya kita sedar akan apa yang telah kita lakukan. Adakah kita bersedia untuk mengorbankan apa sahaja Demi Allah? Sekiranya kita bersedia, usah risau-risau. Allah udah janjikan apa yang setimpal, Allah sudah janjikan apa yang Dia janjikan. Innakalaa tukhliful mee'ad...Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. Jadi usah risau Asyraf.

Dan syukran Habib Munzir kerana menenangkan Asyraf dan mengingatkan Asyraf akan wasiat Nabi di mana setelah beliau wafat, akan datang hal-hal yang tida kita sukai yang berupa fitnah,maka nabi mengingatkan supaya terus bersabar dan bersabar sampai ketemunya saw di telaga haudh nanti. Alhamdulillah, tenang Asyraf memikirkannya. Syukran habib kerana mengingatkan Asyraf akan wasiat Rasulullah saw supaya terus berpegang kepada sunnahnya dan jangan melepaskannya walaupun sekali kerana barangsiapa yang cuba menegakkan sunnahku di akhir zaman kata Rasulullah, maka dia seolah-olah menggenggam bara api. Biarlah apa orang nak kata, biarlah apa orang nak cakap, tapi Asyraf rindu bermajlis sama Rasulullah. Hadirkan Rasulullah dalam majlis. Asyraf jangan putus mengangkt tangan dan tawajuh sama Allah...minta sama Allah. Jangn sekali-kali putus..suatu masa nanti, kebenaran akn meletup menyinari sanubari setiap yang mahukan kebenaran. Ikut jejak para habaib kita..jejak mereka tidak lari dari jejaknya Rasulullah saw. Keliling kamu masi ramai lagi para sepuh, para habaib, para pencinta Sang Rasulullah yang ilmunya itu membawa kepada kekhusyukan, maka ikuti jejak mereka. Hati itu jangan ada sangaka buruk apa-apa. Bersihkan kalau ada, bersihkan kerana kalau ada setitik hitam, sama sekali tidak dapat lihat kebenaran hakiki. Ingat, kalau lakukan kerana Allah swt dan Rasulullah
saw, mereka bersamamu sa'at ini.

Alhamdulillah, Ya Allah, berkatilah mereka-mereka ini Ya Allah. Mereka membawaku dekat kepadaMu Ya Allah, dekat kepada Rasulullah saw. apa lagi ayng dapat ku minta melainkan keekatan kepadaMu Ya Allah kernaa hanya kedekatan kepadaMu membuka segala-gala pintu ya Allah yang tidak dapat ku bayangkan. Ya Rabbi wajma'na wa ahbaaballana fiidaarikal firdausi ya Raj waanaa=)

1 comment:

ماهرة said...

Assalaamu'alaykum!

*cough cough*

*atchooooo!*

Alhamdulillah.

Berhabuk jugak blog ni eh... :D