Friday, August 20, 2010

Tasbih membuka pintu mustajab du'a

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, limpahan puji ke hadirat Allah swt, kita memujiNya pagi petang siang dan malam secara bersendirian dan beramai-ramai dan selalu di dalam keluhuran pujian.

Limpahan selawat dan salam kita sampaikan kepada pemimpin seluruh hamba yang memimpin hamba yang ber'ibadah kepada Allah swt, pemimpin seluruh makhlukNya Allah swt, Nabi Muhammad saw.

Alhamdulillah, telah seminggu kami dipelihara oleh Allah swt didalam bulan Ramadan, bulan penuh sa'adah, bulan penuh kegembiraan, bulan penuh ibadah, bulan penuh sujud, bulan penuh tilawahnya, bulan penuh maghfirahNya, bulan penuh rahmatNya, bulan penuh ganjarannya, bulan penuh pintu yang dibuka seluas-luasnya bemi kedekatan kita kepada sang Maha Luhur Rabbul 'Izzati Swt.

Alhamdulillah, tatkala di terawih tadi, Sheikh Ali Faraj telah mndngarkan bacaan ayat sui Al-Qur'anul karim tentang semut dan tentera Nabi Sulaiman as. Alhamdulillah, habib mengluarkans atu cerita yang mungkin remeh dan kecil kepada sesiapa tetapi sir dan pengajarannya sangat besar. Satu tauladan yang dapat membantu kita terus dekat sama Allah swt.

Kisah di waktu riwayat Imam Abu Hanifah terdapat sorang tukang uli roti yang mana bibirnya tidak pernah berhenti bertasbih kepada Alla swt. Imam Abu Hanifah terkejut dan terpegun dengan si tukang uli roti ini. Suatu hari, Imam Abu Hanifah bertegur dengan si tukanguli roti dan menyatakan tentang tersentuhnya hati Imam Abu Hanifah tatkala melihat beliau khusyu' bertasbih dalam apa sahaja kerja yang beliau lakukan. Tatkala ditanya, si tukang uli roti ini hanya tersnyum sambil mengucapkan Alhamulillah, kerana bnyk tasbihnya itulah Allah telah banyak mustajabkan du'anya.

Di sini dapat kita pelajari bahawa hanya degan kita berzikir "Subhanallah", hanya dengan bertasbih kepada Allah, dibukakan gerbang kedekatan kepada Ilahi. Tanp kita sedari, setiap makhluk Allah yang hidup di muka bumi ini,semut, pokok, tanah, angin, malaikat dan lain2 lagi sentiasa bertasbih kepada Allah swt tapi kita hanya tidak mendengarnya sahaja. Ini jelas diterangkan Allah swt dalam ayat pertama Surah Al Hasyr, "Telah bertasbih segala yang ada di bumi dan di langit..."

Ayuhlah, kita renungkan dan lazimkan lidah kita ini bertasbih. Lihat bagaimana tadi si tukang uli roti itu rajin lidahnya bertasbih kepada Allah tapi khusyu'nya yang datang dari lubuk hati mengenangkan betapa luhurNya Allah, enak sekali beliau bertasbih kepada Allah tanpa rasa penat langsung. Subhanallah Alhamdulillah llahu Akbar.

Walahua'lam, sekadar perkongsian sahaja.

Wa'afwamnkum

WAssalam

No comments: