Assalamu'alaikum,
Alhamdulllah, wassolatu wassalmu 'alarasulillah, wa'ala alihi wasoh bihi waman waalaa,'aam ba'd.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, galbu Al Fagir sangat-sangat gembira, bersyukur malah ingin meluahkan perasaan syukur yang tiada terhingganya kepada Sang Rabbi, Sang Maha Luhur, Sang Maha Pengampun lagi Pengasih lagi melembutkan hati-hati para hambaNya yang butuhkanNya.
Alhamdulillah, telah kita sampai ke dalam bulan Ramadan, Syahru Ramadan, Syahrul Ibadah, Syahru Sa'adah, Syahru Mubarak, Syahru Maghfirah, Syahru Qiyam, Syahru mustajab segala doa dan diterima segala taubah setiap hamba yang sujud, yang tidak berputus asa dengan Rahmat Allah swt.
Mari sama-sama kita dalam bulan ini memperbanyakkan sujud, memperbanyakkan berdoa, angkat tanganmu, mohonlah dengan seikhlas hatimu, dengan penuh harapan, dengan penuh khusyuk kerana pada bulan ini ayyuhal ikhwan, Allah swt tidak akan berpaling dari doa sesiapa pun. Bahkan pada bulan ini, Allah telah janji bahawa Allah sangat dekat dengan kita. Bagamana akan Allah menolak doa kami setelah Sang Rabbi telah berjanji bahawa Dia sangat dengan kita.
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka beritahulah mereka bahawa AKU ADALAH DEKAT."
Subhanallah, lihatlah bagaimana sayangnya, cintanya Allah kepada kita semua. baru sahaja bertanya sudah dikhabarkan kepada kita bahawa Allah itu dekat kepada kita. lihat apa lagi Allah janji kepada kita selepas ayat itu.
"Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila dia memohon kepadaKu."
Allahu Akbar....Subhanallah.
Ayyuhal ikhwan wa akhawatz, bagaimanakah keadaan kita sekarang yang berlumuran, yang bergunung-gunung dosa kita disebabkan maksiat, disebabkan kelalaian kita, disebabkan mengikuti hawa nafsu serta terpengaruh dengan ajakan Syaitan, tetap Allah swt sifat RahmahNya, Ar Rahman Ar Rahim, menemukan kita dengan Bulan Ramadan, bulan yang Allah janji yang Allah tidak akan sekali-kali berpaling dari setiap hambaNya yang bersujud, yang berda, yang berzikir, yang bermunajat kepada Allah.
apakan tidak jelas lagi isyarat ini bagi kita menandakan Allah swt sangat-sangat cinta dan sayang kepada hambanya sehinggakan dipanjangkn umur,kerana Allah merindui kami, Allah merindui hamba-hambaNya yang pendosa. Ayyuhal ikhan wa akhawat,
ALLAH MERINDUI KAMI YANG PENUH DENGAN DOSA. ALLAH TETAP MENUNGGU, TETAP BERSABAR untuk kami bersujud dan memohon ampun kepadaNya.
Seorang anak yang telah melakukan satu kesalahan lalu lari dari rumah untuk mengelak dirinya dari dimarahi oleh ibunya. Kian menjelang waktu maghrib, anak itu tidak tahu ke mana lagi mahu lari dan rasa dia harus pulang untuk memohon ampun kepada ibunya. si ibu pula sejak anaknya lari kerana takut akan dimarahinya sangat risau dan bimbang akan keselamatan anaknya, sanggup si ibu duduk di luar pintu menanti kepulangan anaknya. Apabila anaknya itu pulang, dengan segera ibunya peluk anaknya dan menangis. Si anak meminta maaf dengan si ibu lalau ibu katakan, "Wahai anakku, ke manalah kamu pergi, ke manalah kamu pergi sayang? Ibu rindukanmu, ibu sayangkanmu, ibu sedia memaafkanmu sayang".
Lihatlah di atas sebab cinta dan rindu seorang ibu kepada anaknya, ibu yang melahirkan anak itu.....APA LAGI ALLAH YANG MENCIPTAKAN KITA?
Cinta Allh kepada kita tiad batasnya ayyuhal ikhwan. TIADA BATASNYA.....bayangkan betapa rindu dan sayangnya Allah kepada kita, seiap dengan surat cintaNya(al Quran) untuk menghiburkan hati kita agar sentiasa kembali kepadanya.
Ayuh kita sama=sama manfaatkan bulan puasa ini utnuk mendekatkan diri kita, terutama sekali hati kita, bersihkannya supaya kita dapat kembali kepada Allah swt.
Semoga perkongsian ini menjadi satu peringatan terutama sekali pada diri Al Fagir sendiri.
Wa afwaminkum.
Saturday, August 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment