Alhamdulillah, limpahan puji ke hadirat Allah Jalla Wa'ala, Maha Tunggal, Maha Raja Langit Dan Bumi, Maha Penyantun, Maha Luhur, Maha Penghibur para pendosa sehingga mereka terhibur untuk tidak berpututs asa untuk bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, dan Dia lah Allah, Sang Pemberi Rahmat kepada alam semesta, yang sentiasa memanggil para hambaNya untuk selalu dekat kepadaNya.
Ya Allah, kami bermohon pengampunanMu Ya Rabb,kami rindu padaMu Ya Allah, kami cintakanMu Ya Allah, Ya Allah, Engkaulah pemghibur kami, siang malam Engkau menunggu kami untk menghadapMu, untuk berbicara denganMu, untuk mengadu kepadaMu Ya Rabb, tapi kami sering lupa dan lalai Ya Allah, maka ampunilah kami Ya Allah. Ighfirlana zhunubana Ya Rahman, Ighfirlana Zhunubana Ya Rahim, istajib dua'ana Ya Hayy Ya Gayyum, Ya Badi'assamawati walard, Ya Dzal Jalali Wal Ikram.
Alhamdulillah, telah pun kita sampai ke dalam bulan Rabi'ul Awwal, bulan kelahirannya Sang Nabi pembawa kepada keluhuran, kepada cahaya dan nur Ilahi, pemimpin rahmatan lil'alamin. Insyallah hari Isnin depan, tanggal 9 March 2009, jatuhlah hari keputeraan Nabi saw 12 Rabi'ul Awwal. Semoga Allah memberkati kami, mengampuni kami, memberi kami kebahagiaan serta menggolongkan kami dalam golongan mereka yang selalu berselawat dan para penegak panji-panji Sayyidina Muhamamd, dengan syafa'at Nabi Muhamamd saw.
Hayya Binaa ayyuhal ikhwan wa akhawatil kiram, kita sama-sama menegakkan syi'ar Islam, sama-sama kita bantu dalam menaikkan semangat para muslimin muslimat di Singapura untuk mengibarkan bendera Sayyidina Muhammad,dengan mengamalkan sunnah Nabi saw serta memperbanykkan selawat ke atas Sang Nabi. Kita akan penuhkan masjid-masjid kita dengan majlisnya Rasulullah. Semua artis-artis kita akan berubah menjadi para da'i yang akan memuliakan Sayyidina Muhammad, masjid-masjid kita akan penuh dengan majlis selawat kepada Nabi Muhamamd saw. Semua asatizah dan pemimpin Islam kita akan mengajak kepada kemuliaan Sayyidina Muhammad.Kita akan sma-sama menjadi ummat Nabi Muhamamd saw yang selalu menyanjung Nabi bukan hanya dari segi percakapan yang mengajak kepada sunnahnya sahaja tetapi kita akan membuktikannya dari lubuk hati kita.
Ini janji allah dalam Al-Quran, kalau kita berusaha untuk menolong Allah, maka Allah akan menguatkan langkah kami. Yakinlah, kalau kita berusaha untuk menyatukan ummat Islam Singapura kita untuk sma-sama menegakkan panji-panji Islam, kita akan berjaya insyallah fiddunya Wal akhirat.
Ayyuhal ikhwan wa akhawatufillah, mari kita sama-sama membacakan surah Al Fatihah dan mendoakan da'i kita yang telah banyak berjasa walaupun beliau di Indonesia akan tetapi ilmu beliau yang beliau telah sampaikan di sana telah berjaya memasuki tanah air kita, dengan adanya ikhwan dan akawat kita ayng berusaha untuk merekodkan majlis ta'lim beliau dan menyebarkannya di Singapura. Beliaulah Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa, beliau masih berada dalam rumah sakit akan tetapi beliau tidak pututs asa untuk hadir dalam majlis ta'lim beliau di Masjid Munawar di Jakarta hari Isnin lalu untukmenyampaikan Tausyiyahnya. Mari kita sma-sama doakan beliau agar beliau diberikan kesihatan untuk terus menyampaikan da'wah beliau yang selama ini telah membangkitkan masyarakat Islam di Jakarta sehingga para pemimpin sana terhibur dengan da'wah beliau. Semoga Allah memberkati beliau dengan syafa'at Nabi Muhammad saw......bihazhihi niyyah, Al Fatihah!

Barakakallhufeekum wa 'afwaminkum.
Wassalamun 'alaik.
No comments:
Post a Comment