Saturday, January 31, 2009

Bittawfiq Wannajah 'Alaikum

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, limpahan puji ke kehadhirat Allah Jalla Wa'ala atas curahan rahmat serta kasih sayangNya ke atas setiap para hamba-hambaNya yang dhoif lagi bergunung dosa-dosanya agar mereka tidak akan berpututs asa dengan rahmat Allah.

Selawat serta salam ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw, di mana dengan keberkahan selawat menenangkan hati kami dan makin merapatkan lagi ukhuwwah kita serta meningkatkan lagi kasih sayang dan cinta kepada Sang Pembawa Cahaya rahmatan lil 'alamin.

Ingatlah Ya Ikhwan Wa Akhawati Fillahil Kiram bahawasanya kita pada setiap detik memerlukan kasih sayang serta rahmat Allah. TanpaNya maka binasa dan tidak bermaknalah kehidupan kita di muka bumi ini. Sedarilah bahawa perbuatan serta niat kita untuk melakukan keburukan dan kemaksiatan telah menyakiti perasaan Allah swt. Dan dsetelah apa perkara serta hal-hal yang buruk telah kita lakukan, maka Allah tetap tidak menutup pintu taubat kerana ingin para hamba-hambaNya utnuk memohon keampunan kepadaNya dan pulang ke hadratNya dalam keadaan tenang, suci dan bersih jiwanya. Maka itu, marilah kita sama-sama bertafakkur akan kehidupan kita dan perbuatan kita terhadap Allah swt.

Ya Allah, ampunilah kami hamba-hambaMu yang dhoif Ya Allah. Kami memohon Engkau tetapkan dan kuatkan keimanan kita dan jadikanlah jiwa kami sentiasa merasa rindu kepadaMu. Jadikanlah jiwa kami ini risau akan hal-hal yang akan datangkan kemurkaaanMu Ya Rabbi. Ya Allah, abntulah kami Ya Allah...bantulah Kami Ya Allah.

"Wahai jiwa yang tenang, pulanglah ke hadrat TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya,Maka masuklah ke dalam jema'ah hamba-hambaKu dan masuuklah ke dalam SyurgaKu."
Surah Al Fajr ayat 27-30

Lihatlah betapa tinggi penghargaan Allah swt kepada hamba-hambaNya yang sempurna imanNya. Bukan hanya disambut oleh Allah, tetapi dijemput oleh Allah untuk menikmati syurgaNya. AllahuAkbar.

Kepada temans serta sahabat seperjuanganku, inginu mengcapkan semoga berjaya untuk peperiksaan yang bakal menjelang tidak beberapa lama lagi. Teruskan perjuangan dan semoga Allah akan membantumu fiddunya wal akhirat Insyallah ameen.

Kepada adik-adiku yang telah mendapat posting bagi melanjutkan pengajian di maktab rendah, politeknik atau kemanapun, semoga antum berjaya dengan sebesar-besar kejayaan. Ameen.

Insyallah semoga Allah memberkati kita semua, ameen. Marilah kita membacakan Al Fatihah ke atas Nabi Muhammad saw serta ahli keluargaNya, para sahabatnya wabl khusus khulafa ar rasyidin wa mahdiyyin, para tabi'in waman tabi'ahum bi ihsani ila yaumiddin.

Juga ke atas kedua orang tua kita yang masih hidup mahupun yang telah kembali ke rahmatullah semoga mereka dilimpah rahmat,dan juga kepada para a'alim ulama kita yang telah mewarisi ilmu dan tegas dalam menegakkan kebenaran Islam sehingga hari ini terutama juga kepada 'alim ulama kita yang telah mewarisi ilmu-ilmu itu di tanah air kita sendiri wa bil khusus,Habib Nuh Al Habsyi,Habib Salim Bin Muhamamd al 'Attas, Sheikh Umar al Khatib, Fadhilatul Sheikh Abdillah Al Jufri wa Fadhil ustaz Haji Embek Ali Matta'anallahubih...wa bil muslimin muslimah, wa bil mu'minin wa mu'minah, annallahayagh firulakum , wayu'li darajatihim filljannat, walikulliniyyatin solihah........Al Fatihah!

Wassalam.

No comments: