Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah Allazhi hadaan bi'abdihil mukhtaari mandaana, ilaihi bilizhni waqadnadaana, labbaykaya mandallna wahadaana, sollallhuwassalamubaraka 'alaih wa'alih.Alhamdulillahillazhi jama'aana!
Alhamdulillah, limpaha puji syukur ke hadirat Allah swt atas Taufiq dan HidayahNya serta IradahNya, kita masih berupaya mengucap kalimatu tauhid, kalimah Maha Agung, Maha Pemurah,Maha Pengasih lagi Maha Penyayangiaitu Allah Jalla Jalauh.
Alhamdulillah, bulan Ramadan Mubarak bakal menjelang, sisa-sisa bulan sya'ban ini dapat kita gunakan dan manfaatkan dengan sebaik-baik mungkin kerana malam-malam yang terakhir inilah sir-sir Allah yang tersirat didalamnya. Allah memberikan barakah yang sangat luar biasa pada malam-malam terakhir ini. Mari sama-sama kita hidupkan malam-malam ini dengan beristighfar, berzikir, bermunajat, membaaca Al-Qur'an serta ibadah nafil yang lain.
My dear readers, in the month of Ramadan, Allah swt has promised us His biggest and Generous rewards. Hanya dengan satu kebaikan itu digandakan pahalanya tujuh puluh kali, Subhanallah.
Did alam bulan ini juga, telah diturunkan Allah swt Al-Qur'an kepada Nabi muhammad saw. Di mana Allah jelaskan kepada umat Islam dalam surah Al-Qadr:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(Al-Quran) itu pada malam kemuliaan.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebihbaik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaiakt-malaikat dan malaikat jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar."
AllahuAkbar.
Perhatikan my dear readers ayat 3 hingga akhir surah. Di dalam bulan ini terdapat satu malam yang digelar Lailatul Qadr(Malam Kemuliaan).
But!!!, before weeven go into that, don't forget the main 'amal of Ramadan which is commanded by Allah in Surah Al-Baqarah verse 183:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
Diwajibkan saum atau berpuasa yang dimaksudkanjuga oleh Rasulullah saw dari Abdullah Bin Ubair
"Berpuasa dalam bulan Ramadan telah diwajikan oleh Allah kepada umat-umat sebeummu."
(hr Ibnu Abi Hatim)
telah ditafsrikan oleh Ibnu Abbas iaitu orang-orang sebelummu ialah ahlul kitab.
Maka dari kadar fiqh pula, selagi kita sihat dan kuat untuk berpuasa, maka hukum wajib jatuh atas kita. Jika mengalami kesakitan atau dalam kemudharatan, maka dijatuhkan hukum rukhsah yakni kelonggaran.
ang dimaksudkan demngan sebenar-benar puasa adalah menahan diri dari makan dan minum, dari maksiat, dari melakukan yang makruh juga. atas tujuan utama yang disebutkan dalam ayat di atas tadi "la 'alakum tattaqun"....agar kamu bertaqwa.
Didiklah diri kita, jinakkan nafsu kita dengan perbuatan yang baik dan mendatangkan faedah. Lindungilah anggota badna kita dari melakukan perbuatan yang keji dan mingkar.
My beloved readers, not to forget in this month, Allah swt telah berfirman,
"Bulan Ramadan yang didalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia, dan penerangan tentang petunjuk itu juga untuk membezakan antara yang haq dan yang bathil."
(Al-Baqarah verse 185)
Dalam ayat ini, Allah memuji dalam bulan Ramadan yang terpilih untuk turunnya Al-Quranul Karim. Bahkan, kitab-kitab yang diturunkan keatas para nabi yang lain juga jatuh dalam bulan Ramadan.Al-Quran yang dikatakan"Hudan linnas wabayyinatin minal huda walfurqan" yang bererti memberi petunjuk pada hati tiap hamba yang percaya, beriman dan elaksanakannya. Jelas kepada kita semua bukti nyata bagi sesiapa yang memperhatikan Al-Quran jelas baginya perbezaan antara yang haq dan yang bathil.
Justeru dalam bulan ini, Allah memberikan ganjaran yang amat luar biasa kepada para hambaNya yang bukan hanya membaca Al-Quran tetapi merenung dan memkirkan perintah Allah swt sehingga yang haq dan yang bathil bukan hanya jelas di hadapan mata kita tetapi juga fil Qalbi.Maka amalkanlah Al-Quran itu sepanjang Ramadan, katamkanlah al-quran dalam bulan ini kerana barakahnya..Subhanallah. amatlah luar baisa sekali. Dan untuk menyenangkan diri, buatlah jadual membaca Al-Quran Alhamdulillah i came over Doyagirls blog and she reommend a schedule for Qur'an reading. Do visit Siti Nadzirah blog and you'll find it there insyallah.
Lastly, bulan Ramadan yang mana Allah muliakan malam-malamnya.Mengikut para ulama salafu saleh kita terdahulu bagi mereka tiap-tiapmalam itu Laila Al-Qadr kerana sir Allah tidak menetapkan bila Lala Qadr ,hanya diberikan anggarannya bila akan berlakunya laila al qadr.
Justeru,kalau berkemampuan, hidupkanlah setiapmalam kita dengan berhadapan dengan kekasih kita Rabbul 'alamin. Agungkan tiap malam dengan bercinta dengan Allah, rapatkan...dekatkan diri dengan dan hati kepada Allah.
Insyallah Ramadan ini akan menjadi satu masa yang lebih bermakna dari Ramadan yang sebelumnya. Seoga ramadan ini mendekatkan lagi hati kita kepada Allah. Semoga Ramadan ini menjalinkan hubungan cinta lebih bermakna bagi kita.
Allahumma ahyina mahabbatahu fi qulubina. ameen.
Sampai di sini dapat saya kongsi bersama para pembaca. Pohon jutaan ampun dan maaf di atas kekuranagn saya kerana I'm still an 'ilm seeker and i will always be insyallah tabaraka wata'ala. Wa'afwaminkum.
Wassalam.
Tuesday, August 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment